Nampaknya industri hiburan antarabangsa telah kehilangan seorang selebriti yang sangat berbakat iaitu Paul Walker.
Menerusi laporan BuzzFeed, Paul Walker dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian apabila kenderaan yang dipercayai dipandu oleh individu yang tidak dikenali identitinya hilang kawalan lalu melanggar taing telefon.
Kemalangan tragis yang berlaku di Santa Clarita, Los Angeles telah meragut kedua-dua nyawa mereka.
Menerusi laman Twitter rasmi milik Paul Walker, wakil daripada kumpulannya telah menulis beberapa patah perkataan untuk mengesahkan tentang berita kematian pelakon kacak itu.
Wakil Paul Walker mengesahkan kematian pelakon ini
Menurut sumber, mereka dikatakan dalam perjalanan untuk ke sebuah majlis kutipan amal Typhoon Haiyan, Filipina.
Sebagai tambahan, pelakon kacak yang terkenal menerusi filem Fast And Furious telah meninggalkan seorang anak perempuan berusia 15 tahun bernama Meadow.
Apa-apa pun, mari lihat video kemalangan yang membabitkan pelakon tersebut selepas ini.

No comments:
Post a Comment