Saturday, November 30, 2013

Pelakon melayu baru mirip mat salleh?


Gara-gara berdarah kacukan Melayu dan Latin serta memiliki wajah persis ‘mat salih’, pelakon Josiah Hogan yang makin dikenali menerusi drama bersiri What If di 8TV kerap ditawarkan membawa watak lelaki kulit putih. Sehubungan itu, jejaka berusia 27 tahun ini mengakui keadaan itu mengakibatkan ruangnya sebagai pelakon menjadi terhad.
“Ia kadang-kadang membuatkan saya rimas apabila banyak sangat tawaran menuntut saya melakonkan watak sebegitu. Meskipun saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik tapi secara peribadi, saya kurang senang apabila ia menjadi skeptikal buat diri saya,” katanya kepada RAP, baru-baru ini.
Josiah atau nama sebenar­nya Mohamad Musleh turut popular dengan drama seperti Cinta Jangan Pergi, Manisnya Cinta di Cappadocia, Bulan Bintang & Kita serta sebuah filem pendek berjudul Pasport Ekspres. Selain itu, Josiah juga pernah ‘dikecam’ gara-gara berkahwin secara senyap kini.

“Saya dibesarkan di Kelantan dan tinggal di sana sejak kecil. Malah saya juga petah berbahasa Melayu dan bercakap dalam dialek Kelantan. Jadi, saya tidak ada masalah untuk membawakan watak lelaki Melayu,” katanya.

Katanya, buat masa ini dia menolak sebarang tawaran yang memerlukan dia memegang watak sebagai lelaki kulit putih.

No comments:

Post a Comment